Sunday, 11 May 2014

Diploma Teknologi Makanan | Food Technology | UiTM

Assalamualaikum. Entry kali ni sambungan post yang sebelum ni focus untuk semester 5 dan semester 6..

Semester 5
Dalam sem5 nie tak belajar physic,kimia & bio. Semua basic dah habes dah just lebih focus tentang makanan.
Ada sub enterprenuer : sub nie sama dengan sub business, korang belajar tentang perniagaan then lect suruh korang buat proposal nak buka satu perniagaan. Ada group 5/6 orang kena lantik jawatan siapa manager, ceo, operation manager, marketing manager, admin dan financial manager. Sub nie agak complicated sikit lah sebab nanti nak selalu jumpa bincang semua. Then hujung nk dkt exam korang kena bentangkan korang punya perniagaan.

Food Quality Control : untuk sub nie banyak kena masok lab sebab kena buat experiment macam check kuali roti, check ikan, check kerapuhan keropok macam2 lah. Sub nie pasal lebihkan kualiti makanan nak jadi food checker katakan!

Independent Studies : sub nie memang tuff sikit lah sebab kita kena buat satu statement then kena buat eksperiment sendiri. Contohnya tajuk kita sos. So kita kena cari 4 jenis sos yang berlainan jenama brand then kena kaji selidik sos yang mana satu yang khasiat dia tinggi  macam tu lah. Saya punya tajuk pasal madu, jadi saya cari 3 jenis madu then kaji tentang madu mana yang khasiat dia tinggi. Sub ni xda kelas tau so korang kena buat sendiri kena jumpa lect selalu mintak pendapat. Allhamdulilah dapat A :)

Food Processing : food pro pulak lebih kepada mac mana nak hasilkan product. Contohnya koko , dalam kelas kita belajar dari A-Z dari koko yang seketul tu menjadi serbok koko atau coklat. Korang kena hafal step by step cara process dia. Sub ni pon selalu masok lab, kirang belajar buat mee, roti, kek, jem nenas, dan banyak lagi. Jangan risau kalau dah masok lab masak nie memang tak lepas dengan makanan lah tangan buat kerja sambil makan hahaa 😋

Sensory Evaluation : sub nie kita belajar jadi orang test makanan pulak. Memang kena masok lab jugak dil oi. Contohnya lect da siap susun makanan tapi kita tak tahu makanan tu apa, then kita kena rasa satu persatu makanan tu , bila dah rasa kita kena isi list satu kertas dimana kalau makanan tu manis kita nk bg brapa score dia law manis,  score dia 1-10 so pilih lah law manis sgt ltak 10. Sama jugak dgn masam, masin, kaler makanan tu, bau makanan tu. Agak menarik jugak sama cam tv depa dok test makanan.

Sub ni jugak kita kena buat product makanan hasil tangan kita sendiri. Macam sem saya ada yang hasilkan taufu yg berperisa, tablet jus bila letak air terus jadi jus, paket maggie terus letak dalam air tak yah nak bukak plactic dia. Korang kena pk idea korang sendiri kenan buat product test matket, kena beli bahan sendiri (duit sendiri), kena selalu masok lab. So pandai2 lah bahagi masa

Sem 5 ni boleh dikatakan agak tuff dan busy sebab kita banyak masok lab, nak siapakan lab report, nak siapkan IS (independent study), nak siapkan proposal (ENT) nak siapkan product makanan sendiri. Memang penat sikit lah nak buat macam mana kena hadap lah semua.

Semester 6
Untuk sem 6 kita tak belajar kita kena pi practikal dekat kilang2 yang kita mintak selama 4 bulan.
Step dia macam nie.
Masa dalam sem5, lect suruh kita cari kilang apa yang kita nak pi. So kita kena call tanya kilang tu ada ambil dak student practical, kalau ambil kita kena mintak email dia sbb lect nak email coverl letter, resume kita. Kita tak boleh bt sendiri law bt kena sound arr dgn lect tu.
Nanti cari lah kilang yang besar2 yang terkenal mcm F&N , Nestle, QSR, Banyak lagi law big company korang dapat lah elaun paling tinggi rm600 tau kali 4bulan dah rm2400 mau tak suka. Kadang ada kilang tak bg elaun kesian dkr korang so nanti tnya2 lah dpt elaun ke tak yaa masa call tu  nanti masok2 kilang tu tak dapat mau tak kecewa.
Masa practikal korang kena bt kerja check2 makanan, jadi QA QC :)
Dah habis practikal korang kena present apa yang korang buat selama 4 bulan dkt kilang tu. Senang jaa ni ckp lah apa yang penting ok 👍

Untuk pertanyaan boleh contact
 wechat: saifuldinishak twitter: edinishak

2 comments:

  1. assalamualaikum. boleh tak saya nak tanya. awak pernah buat project proposal tak?

    ReplyDelete
  2. Nur Aida ; untuk sem berapa tu? Subject apa?

    ReplyDelete